Wednesday, October 11, 2006

Dah lama aku tak update blog ni. dah tiga tahun. Masuk pun tidak inikan update. Aku rasa terpanggil nak update blog ni bila kawan satu batch aku, Basree dah ada blog sendiri. Tapi mungkin masa yang aku ada untuk update terlalu mahal untuk benda-benda macam ni. Kalau ada masa terluang dekat rumah pun, mungkin aku nak spend that precious time dengan anak-anak. Lagi satu yang aku tak suka melayari internet kat rumah kerana, rumah aku tak ada broadband. TM Net tak boleh supply broadband kat rumah aku, kerana aku duduk di kawasan Maxis. Nak harapkan Maxis, hampeh......bile tahun tah baru boleh dapat broadband. So, nak tak nak aku kena guna GPRS yang speed dia lebih slow dari dial-up, tapi bayaran nya mahal. Aku bayar RM99 per month untuk connectivity yang tak seberapa.

So, aku rasa cukup untuk permulaan semula ni.....